// Gadis Semasa ♥



Le Gadis


Hello people,

An ordinary girl, with extra ordinary dream.


and

Have fun


Le Credits


skins by : Simple
editor Gadis Semasa : Fahmi Nordin

Walk on your own feet.
Tuesday, 6 November 2012 | 2 comments
Allah Maha Mengetahui. Allah telah merencanakan yang terbaik untuk kita. 

Dan aku percaya, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Semua! Segalanya. Setiap kesusahan hari ni, akan dijanjikan kesenangan kemudian harinya. Dan aku percaya, orang-orang yang bersabar akan dihadiahkan sebuah kejayaan.. orang-orang yang menangis sekarang akan dihadiahkan sebuah senyuman nanti .. SABAR.. itu kuncinya ..

Intro dah macam motivator tuu.. haha .. Bukan bukan .. Bukan nak bagi ceramah atau apa .. Just, nak ingatkan diri sendiri dan semua orang yang, PELANGI MUNCUL LEPAS HUJAN. get it?

Kita diajar untuk BERJALAN DI ATAS KAKI SENDIRI. Mengharung payah sendiri.. Kalau nak harapkan orang lain tolong kita, memang tak lah.. so..



sayang, be strong and just walk.. you'll find your destiny ..

So, ini ceritaku.. 

I was a young girl that time .. around 8 macam tu la .. kecik lagi kan? That time, aku dah kehilangan orang yang tersayang. Siapa? Mak. Mak aku meninggal due to sickness. Asthma. Sedih wehh.. Adik aku yang paling kecik pun, rasanya baru 2 tahun. So, kami hanya ada abah. Abah la ibu, abah la bapa.. abah .. segalanya .. Dan aku, pada usia yang sangat muda, memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adik yang kecik lagi.. Susah wehh .. serious! Aku tak tau kenapa aku kuat..

Everynight, aku nampak abah aku nangis.. Ye lah.. siapa tak sedih.. Orang yang dia sayang pergi meninggalkan dia.. Buat selamanya.. Dan, ketabahan abah buat kami 3 adik beradik jadi kuat.. We stand for each other.. Protect each other.. Kitorang sanggup gaduh dengan kawan .. Sebab kawan ejek adik kitorang.. Bila aku fikir-fikir balik, kitorang sangat awesome time tu. Kalau cerita aku ni buat movie, boleh box office ni. 

Aku tak pernah salahkan takdir. Allah dah tulis macam tu untuk hidup aku, so, aku kene teruskan.. Nak ke tak nak, KENE. Aku kene kuat. Dan selama ni, tipu lah kalau aku tak sedih tengok a family yang complete. Bukan sedih. Cemburu kot. Tapi, takkan la aku nak korek balik kubur arwah mama. So, apa yang aku mampu, just doakan dia supaya mama tenteram kat sana. Abah selalu kata, "kita yang hidup ni, kene teruskan hidup. Allah duga orang-orang yang mampu Dia duga".

Dan kami terus berdiri. Sampai ke hari ini. Mungkin dulu kitorang jatuh, tergolek .. tak de siapa nak bantu, tapi sekarang.. Kitorang mampu berdiri tegak. gagah.

Kita takkan terlepas dari rasa sedih.. Takkan lari dari tangisan. When ever you feel like you are alone, ingat! Allah ada bersama. Drugs. Smoke. Suicide. Bukan penyelesaian. As a Muslim, kita pecaya, we have a strong weapon. Doa. Mengadu kepada Allah.. Communicate with Him. Tenanglah hati. Kita kena kuat. Belajar jadi kuat. 


Bila kita rasa, tiada sesiapa bersama kita, kita lupa. Allah dan keluarga sentiasa bersama. Menyokong tatkala susah senang. Belajar tersenyum ketika sakit, lupakan tangisan. 


Dan ini untuk abah,
Abah.. sentiasa buat yang terbaik untuk kami .. sentiasa bersama ..
mengharungi segala .. Abah, terima kasih.. Terima kasih sebab tak abaikan kitorang .. Yes, not even once..
You are our SUPERDAD.. You are awesome!
WE LOVE YOU DAD!

NOTA KAKI: Sayangi mama abah sebelum terlambat. Kita mampu buat yang terbaik untuk 
                         mereka. Be a good child. Doakan mereka. Dunia akhirat.








Older Post | Newer Post